Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Tero Sasana Tetap Mahukan Rozaimi

PEMAIN muda negara, Rozaimi Abd Rahman terus diburu BEC Tero Sasana apabila kelab liga utama Thailand itu semalam menawarkan kontrak sebagai pemain profesional tanpa perlu menjalani ujian pemilihan.

Keputusan terbaru dilakukan BEC Tero Sasana itu berikutan rundingan mereka untuk mendapatkan pemain bintang Indonesia yang mewakili Persipura Jayapura, Titus Bonai gagal menemui jalan penyelesaian kelmarin.

Pengarah Urusan Golden Sport Management, Zulfikar Amizan Ahamed yang membantu urusan perpindahan itu berkata, beliau sudah mengemukakan surat tawaran itu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Alijus Sipil, semalam.

“Saya sudah menghubungi Alijus mengenai perkara ini dan berharap Safa dapat membuat keputusan sebelum tarikh tutup esok (hari ini). Bagi saya ini peluang terbaik untuk Rozaimi kerana BEC Tero Sasana memang amat berminat untuk menggunakan khidmatnya sehingga sanggup menawarkan kontrak tanpa menjalani ujian pemilihan seperti syarat sebelum ini,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Berdasarkan tawaran yang dikemukakan oleh kelab naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002 itu, Rozaimi, 19, ditawarkan kontrak minimum selama dua tahun dengan bayaran gaji lumayan serta yuran perpindahan kepada Safa.

Namun apa yang menyulitkan kini apabila Rozaimi sudah menandatangani kontrak bersama Selangor untuk beraksi secara pinjaman bagi kempen Piala Malaysia.

, ,