Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

The Rolling Stones Rai Ulang Tahun Ke 50

Tarikh 12 Julai menjadi tarikh keramat buat kumpulan rock lagenda, The Rolling Stones kerana menyambut ulang tahun penubuhan kumpulan mereka yang ke-50.

Justeru, ramai peminat mengharapkan kumpulan itu bakal mengadakan konsert jelajah secara besar-besaran. Bagaimanapun, Keith Richards yang juga gitaris kumpulan tersebut mengakui, tiada sebarang perbincangan membabitkan konsert jelajah akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Malah, jika diimbas, kali terakhir The Rolling Stone membuat konsert jelajah adalah pada tahun 2007 ke 32 buah negara,

“Kami ingin sekali menjayakan konsert tersebut jika diberi peluang walaupun sudah lima tahun tidak membuat persembahan atau jamming bersama.

“Namun terlalu banyak perbincangan yang dilakukan kini dan saya tidak dapat pastikan sama ada kami akan membuat konsert tersebut,” jelasnya.

Kumpulan yang ditubuhkan semenjak separuh abad yang lalu di Kelab Marquee di Oxford Street, London kini tinggal ahli seperti Mick Jagger, Keith Richards, Charlie Watts dan Robin Wood yang masih kekal setia.

, , ,