Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pemandu ujian F1 wanita parah terbabit nahas

LONDON: Pemandu ujian Formula Satu (F1) yang juga seorang wanita, Maria de Villota berdepan kecederaan parah selepas keretanya merempuh sebuah kenderaan pasukannya di litar ujian di Britain, semalam.

De Villota, pemandu untuk pasukan Marussia F1, hampir menamatkan sesi ujin pertamanya apabila keretanya merempuh trak pasukannya di litar Duxford Airfield di Cambridgeshire, utara London. Pemandu berusia 32 tahun warga Sepanyol itu menyertai pasukan lumba dari Russia itu pada Mac lalu dan ia pertama kali menguji kereta MR-01 ketika nahas.

“Maria kini masih tidak sedarkan diri dan pasukan perubatan masih merawatnya,” kata pasukan F1 berkenaan dalam satu kenyataan. – A

, ,