Ibu Dera Anak Minta Peluang Kedua

KUALA LUMPUR: “Saya terima hukuman ini (penjara) dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa sebab sedar saya pernah menyeksa anak.

Masih ingatkah post ini?

“Bagaimanapun, saya berharap satu hari nanti dapat bertemu semula anak dan menjaga dia seperti dulu…saya tidak mahu dia tinggal dengan orang lain dan biar kami melalui susah senang bersama,” kata Ika (bukan nama sebenar), wanita yang pernah menggemparkan negara apabila klip video penderaan bayi perempuannya berusia 10 bulan dimuat naik ke laman YouTube, Mei lalu.

Ibu muda yang baru dibebaskan dari Penjara Kajang, beberapa hari lalu selepas setahun di sana, mengakui insaf dengan perbuatan kejam yang pernah dilakukan dan berazam lebih menyayangi anaknya pada masa akan datang.

Menceritakan semula kejadian yang berlaku tahun lalu, Ika berkata, dia tidak pernah menyakiti bayinya sebegitu teruk kerana sedar ibunya berpesan supaya dia menjaga zuriatnya sebaik mungkin.

“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua, bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati.

Comments

comments

,