Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Nayati Shamelin ditemui selamat di Rawang

SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi ini.

Nayati Shamelin ditemui di Rawang jam 7.30 pagi tadi.

Dalam kenyataan dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook kira-kira jam 10 pagi tadi, keluarga Nayati berkata:

“Kami gembira untuk memberitahu bahawa Nayati sudah pulang ke rumah dan meskipun ia detik yang sangat traumatik bagi dirinya, dia kelihatan berada dalam keadaan baik.”

Keluarganya juga berkata akan mengadakan satu sidang media khas esok

, ,