Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dalang utama lari ke Eropah

KUALA LUMPUR: Dua lagi dalang kes culik kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, diburu polis termasuk seorang daripadanya sudah melarikan diri ke luar negara dipercayai bersama sebahagian wang tebusan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dua lelaki terbabit berusia 24 tahun dan berasal dari Cheras, di sini, dikehendaki susulan maklumat daripada enam lagi penculik termasuk seorang wanita berusia antara 19 dan 40 tahun yang ditahan pada Ahad lalu dan kelmarin.

Menurutnya, suspek masing-masing tiga lelaki dan seorang wanita ditahan di Ipoh, Perak, manakala dua lagi lelaki ditahan di Lembah Klang.

“Siasatan mendapati seorang daripada suspek lelaki dikehendaki terbabit adalah perancang utama kes penculikan ini dan dia juga sudah melarikan diri ke Eropah.

“Oleh itu, polis akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan suspek terbabit di luar negara dan merayu kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai seorang lagi suspek supaya tampil membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

, ,