Supermodel Terkenal Shida Yaacob Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga supermodel terkenal negara, Shida Yaacob yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Model terkenal Malaysia di awal 90-an ini meninggal dunia akibat penyakit luekimia.

Tahap kesihatan Shida yang dikatakan semakin tenat sejak kebelakangan ini akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 pagi di kediamannya di Damansara.

Arwah yang sememangnya terkenal di dalam bidang peragaan dan seringkali menghiasi iklan komersial telah meninggal pada usia 41 tahun.

Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas. Al-Fatihah

Comments

comments

,