Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Padah Menipu Untuk Raih Simpati

Texas – Seorang remaja perempuan yang menipu orang ramai bahawa dia mengidap penyakit kanser leukimia dan hanya mempunyai enam bulan untuk hidup semata-mata untuk mendapatkan wang, akhirnya terbongkar.

Angie Gomez, yang mereka cerita berkenaan kepada masyarakat setempat termasuk tunangnya akhirnya ditahan polis selepas pihak berkuasa mendapati sesuatu yang mencurigakan apabila melihat dia masih sihat.

Sepanjang tempoh pembohongan itu, dia berjaya mengumpul wang sebanyak $17,000 hasil sumbangan orang ramai yang simpati dengan nasibnya itu.

Dia mendakwa mengidap leukimia sejak berusia 13 tahun dan penyakitnya itu kini semakin parah serta pernah mendapat rawatan di sebuah hospital.

Namun rekod hospital itu menunjukkan tiada pesakit bernama Angelica Gomez telah mendapatkan rawatan di situ.

Dalam pada itu, ibunya, Sandra Gomez, dia tidak mengetahui mengenai kutipan derma yang dijalankan untuk anaknya itu.

Namun dia percaya anaknya cuba membetulkan semula keadaan tersebut.

Akibat perbuatannya itu, Gomez kini dipenjarakan dan terpaksa membayar ikat jamin sebanyak $50,000.

Gomez dilaporkan memulakan kisah penipuannya itu kepada rakan sekelas di sekolah Horizon City, pada bulan January tahun lalu.

Simpati dengan nasibnya yang sedang bertarung dengan maut, rakan sekolah serta pihak sekolah telah membuat kutipan derma dan kempen membantunya.

Malah satu yayasan bagi membantunya ditubuhkan bagi memberikan sokongan kepada remaja tersebut.

Selain itu, pelajar di Sekolah Tinggi Da Vinci telah mengadakan majlis untuk mengutip derma bagi membolehkan Gomez menjalani rawatan.